Tiada individu terkecuali daripada ujian baik dalam bentuk musibah,cabaran dan tekanan hidup.Sebab itu TUHAN bekalkan setiap manusia dengan kesabaran.Tanpa kesabaran dan kekuatan mental akan tersasarlah seseorang itu daripada landasannya.Sebab itu apabila media memomokkan kejadian-kejadian seumpama membunuh, jenayah, keruntuhan akhlak di kalangan belia, hilang akal, mengambil bahan terlarang dan membunuh kita ‘noted’ bahawa individu tersebut telah hilang pedoman hidup.
GANJARAN..
Oleh itu,kesabaran memainkan peranan penting dalam perkara ini.Dalam mana-mana kitab suci khususnya AL-QURAN, ALLAH banyak kali mengingatkan hambaNYA agar sentiasa bersabar dengan setiap ujian yang mendatang.Hal ini kerana apabila ujian-ujian tersebut berjaya ditepis individu terbabit bukan sahaja mendapat ganjaran PAHALA lumayan malah banyak kebaikan-kebaikan lain yang bakal diperolehnya seperti:
Membentuk keperibadian mulia
Mudah menyelesaikan masaalah
Jiwa sentiasa tenang
Memiliki tubuh yang sihat
Sentiasa mendekati tuhan
Murah rezeki
Segala urusan berjalan lancar
Mudah didekati
Mempunyai daya ingatan yang baik
Menjalani kehidupan yang lebih berkualiti
KEPERLUAN..
Kenapa perlunya kesabaran dalam hidup??? Ketahuilah setiap usaha yang dilakukan mestilah dilakukan secara berterusan dan diiringi dengan kepasrahan serta mengharapkan keredhaan Yang Maha Kuasa. Besabar adalah jalan menuju kepada kehidupan yang lebih sempurna.
Dengan kesabaran ia bukan sahaja akan mempengaruhi karektoristik individu tersebut malah, jauh daripada itu menguatkan stamina mental untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan khususnya apabila berdepan sebarang kesulitan hidup. Bagi individu yang sentiasa bersabar, raut wajahnya akan sentiasa tampak tenang, ceria, berseri dan matang.
Sebaliknya individu yang tidak memiliki sifat sabar, akan dikerumuni oleh perasaan-perasaan negatif seperti emosional, tidak terurus, tertekan, baran, sentiasa dirundung kesedihan dan sentiasa terburu-buru dalam membuat keputusan. Natijah, individu tersebut hidup dalam kepompong buatannya sendiri hingga dipinggirkan oleh masyarakat.
MEMUPUK..
Pun demikian, tidak dinafikan bahawa hakikat memupuk kesabaran supaya sebati dalam hidup tidaklah semudah yang disangka lebih-lebih lagi, apabila individu terbabit pernah ditimpa musibah besar seperti kehilangan orang tersayang, harta benda, pencabulan hak dan sebagainya.
SIFAT SABAR BOLEH DIBENTUK MELALUI KAEDAH INI:
Tidak mudah panik apabila mendengar sesuatu khabar buruk
Kerap melakukan senaman pernafasan
Bermeditasi atau dalam ISLAM banyakkan berZIKIR atau berMUNAJAT
Kerap membaca ayat-ayat suci AL-QURAN (bagi yg bukan muslim boleh melakukan mengikut agama masing-masing)
Mengamalkan gaya hidup sihat
Kawal permakanan dan minuman
Berpuasa
Luahkan perasaan kepada individu yang di percayai jika terasa tidak mampu mengawal diri
Dengar nasihat dan pandangan orang lain
Wujudkan satu hobi seperti memancing, membaca, berkebun, aktiviti lasak dan sebagainya
Dekatkan diri kepada Tuhan mengikut kepercayaan agama masing-masing
No comments:
Post a Comment