Cemburu seringkali menghiasi perkawinan. Andaikan perkawinan tanpa cemburu rasanya lauk sayur tanpa perasa. Dengan kata lain cemburu adalah perisa perkawinan. Namun bila kecemburuan itu tidak terkawal, maka perkara itu akan menjadi masalah bagi suami atau isteri. Kerana, suami atau isteri bila cemburu terus akan membuatnya kelihatan jengkel.
Mereka selalu dihantui oleh perasaan takut, gelisah, bahkan boleh membuatkannya stress. Bila hal ini terjadi, maka kehidupan dalam perkawinan tidak akan tenteram dan bahagia. Kehidupan suami isteri akan tidak harmoni apabila salah satu pihak atau kedua-duanya saling tidak percaya, tidak mengerti dan memahami, saling tidak menghargai, dan saling tidak menerima.
Cemburu itu perlu, asalkan tidak buta.
Kerana cemburu itu wujud kasih sayang. Kerana cemburu yang berlebihan akan menimbulkan rasa tidak percaya pada pasangan. Pernahkah kita mendengar cemburu buta? Ertinya, cemburu yang tidak berdasarkan keadaan yang nyata. Asalkan ada sedikit isu, terus cemburu. Tanpa check atau recheck.
Nampaknya orang seperti itu mudah dipermainkan isu. Dengan kata lain, mereka hanya dipermainkan perasaannya, tiap waktu diumbang-ambingkan gelombang. Cemburu buta memang tidak berdasarkan data-data yang tepat.
Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan’ kepada isteri.
Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.
Cemburu adalah perkara normal pada setiap orang, selama cemburu itu masih dalam batas-batas yang wajar dan rasional..Cemburu dapat juga meningkatkan kualiti perkawinan, sehingga hubungan suami isteri semakin hangat dan mesra. Justeru itu, akan pelik bila suami atau isteri tidak mempunyai perasaan cemburu apabila melihat suami atau isetri dekat dengan seseorang.
Itu bererti rasa cinta dan rasa memiliki dari suami atau isteri berkurangan, dan ini yang akan merosakan ikatan perkawinan. Dan yang terpenting, bagaimana kita mengolah cemburu itu jadi tenaga yang dapat memajukan perkawinan, bukan sebaliknya. Cemburu masih diperlukan, asalkan bertujuan untuk memupuk kasih sayang.
cemburu tue memang bagoz...
ReplyDeletetapi, cemburu yang berlebihan, memang menyusahkan !